Semasa berada di tingkatan 5,aku telah mengambil aliran sains walaupun ditawarkan kealiran sastera.Semangatku sangat berkobar-kobar pada masa ini untuk menyahut seruan cabaran yang perlu aku lalui,sesungguhnya terdapat subjek yang popular dengan kepayahannya iaitu matematik tambahan,kimia,fizik,dan biologi.Aku meneruskan keazamanku itu dengan usaha yang termampu aku lakukan tetapi ternyata semangatku hancur di pertengahan jalan akibat dirempuh oleh kelalaian jerat percintaan yang tidak kemana(cinta monyet la tu).Akhirnya aku tewas dengan mendapat result yang agak teruk,kegagalan ini telah membuatkan aku tersedar dari igauan ngeri yang aku cipta sendiri.Bermula dari sini aku mula sedar dan bangkit mencari semula dimanakah titik permulaan baru bagi aku memulakan sinar kejayaan.Dengan berbekalkan result SPM yang agak teruk itu aku telah layak memasuki tingkatan 6 bawah pada tahun 2007.Dari situ bermula lah era kemajuan di dalam hidupku,aku terus maju melangkah menuju ke destinasi baru yang kutanam rapat hingga ke pangkal jiwa diriku iaitu mejejakkan kaki ke salah satu ipta.Sekarang alhamdulillah result peperiksaan aku semakin naik dan cemerlang sehinggalah aku meneruskan pengajian ke tinggkatan 6 atas,di sini sikap lamaku telah aku tinggalkan bersama-sama dengan kegagalan yang lalu.Semasa berada di tingkatan 6 atas aku telah banyak melibatkan diri di dalam program-program sekolah.Pada awal 2009,aku dihadiahi dengan result STPM yang agak cemerlang iaitu berkat hasil usaha,doa, dan tawakal kepada Yang Maha Kuasa.Hari ini aku telah berjaya berdiri sebagai seorang yang bergelar mahasiswa di salah sebuah ipta yang terkemuka di malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).
Monday, December 28, 2009
Aku Tersedar daripada Igauan Kegagalan

Sunday, December 27, 2009
Pengorbanan Seorang Anak
Aku kini telah bergelar seorang mahasiswa di sebuah ipta tetapi gelaran ini belum cukup bagiku untuk membalas pengorbanan kedua orang tuaku yang telah banyak berkorban dari aku kecil sehinggalah sekarang.Aku akan terus mendayung dengan kegagalan di dalam arus gelora pemodenan untuk mencari kejayaan dan aku akan terus bangkit menjadi seorang yang berjaya bagi membalas pegorbanan mereka selama ini.Namun ku mengerti walaupun aku dapat banjirkan tubuh orang tuaku dengan wang ringgit dan juga emas,aku sebenarnya hanya dapat membalas secebis daripada pengorbanan yang telah mereka lakukan.Oohhh Ibu.............. Ayah.............. doakanlah anakmu ini terus dicurahi dengan keredhaan dan dipayungi oleh hidayah daripada Yang Maha Kuasa. amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)