Alam siber adalah pemacu masa depan

Search This Blog

Monday, December 28, 2009

Aku Tersedar daripada Igauan Kegagalan




Semasa berada di tingkatan 5,aku telah mengambil aliran sains walaupun ditawarkan kealiran sastera.Semangatku sangat berkobar-kobar pada masa ini untuk menyahut seruan cabaran yang perlu aku lalui,sesungguhnya terdapat subjek yang popular dengan kepayahannya iaitu matematik tambahan,kimia,fizik,dan biologi.Aku meneruskan keazamanku itu dengan usaha yang termampu aku lakukan tetapi ternyata semangatku hancur di pertengahan jalan akibat dirempuh oleh kelalaian jerat percintaan yang tidak kemana(cinta monyet la tu).Akhirnya aku tewas dengan mendapat result yang agak teruk,kegagalan ini telah membuatkan aku tersedar dari igauan ngeri yang aku cipta sendiri.Bermula dari sini aku mula sedar dan bangkit mencari semula dimanakah titik permulaan baru bagi aku memulakan sinar kejayaan.Dengan berbekalkan result SPM yang agak teruk itu aku telah layak memasuki tingkatan 6 bawah pada tahun 2007.Dari situ bermula lah era kemajuan di dalam hidupku,aku terus maju melangkah menuju ke destinasi baru yang kutanam rapat hingga ke pangkal jiwa diriku iaitu mejejakkan kaki ke salah satu ipta.Sekarang alhamdulillah result peperiksaan aku semakin naik dan cemerlang sehinggalah aku meneruskan pengajian ke tinggkatan 6 atas,di sini sikap lamaku telah aku tinggalkan bersama-sama dengan kegagalan yang lalu.Semasa berada di tingkatan 6 atas aku telah banyak melibatkan diri di dalam program-program sekolah.Pada awal 2009,aku dihadiahi dengan result STPM yang agak cemerlang iaitu berkat hasil usaha,doa, dan tawakal kepada Yang Maha Kuasa.Hari ini aku telah berjaya berdiri sebagai seorang yang bergelar mahasiswa di salah sebuah ipta yang terkemuka di malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).

1 comment:

qaseh eishah said...

waaaa.gya kalah rktek..
projek 1 juta 2!!!!