Alam siber adalah pemacu masa depan

Search This Blog

Saturday, January 16, 2010

SAMBUNGAN SAATKU MENGENALI DUNIA IT

sekarang ni tiba masa untuk aku bercerita tentang bagaimana aku belajar tentang IT ni dekat universiti pulak. Pada 28 Julai 2009, aku mendaftar sebagai seorang mahasiswa di UKM. Dipendekkan cerita aku pun mula belajar la dekat UKM tercinta, skang ni baru aku sedar betapa pentingnya pengetahuan IT dekat U ni. Yer lah semuanya guna sistem internet/online, masa mula-mula aku nak daftar kursus dulu naik pening kepala nak tekan keyboard komputer( masih tidak biasa dengan sistem pengajian guna online ni lagi kan). Masa sekolah dulu pun bukan tau sangat pun pasal benda-benda macam ni. Bila dah selesai daftar kursus aku belajar macam biasa la tapi timbul pulak masalah baru. Pensyarah dah mula bagi kerja, bila dah dapat aku mula la risau.. mana la aku nak taip kerja ni. Dekat sini sekali lagi aku baru tau pengetahuan tentang IT juga tidak cukup tapi kena ada komputer pulak. Pikir punya pikir nasib baik la dekat kolej aku ni ada ciber cafe yang jadi penyelamat aku untuk siapkan kerja tu. Masuk minggu ketiga aku pun beli laptop, tak tahan nak buat kerja susah. Bila dah beli tu aku pun buat macam dah pro IT la kononnya, aku tekan jer apa yang rasa nak tekan( alaaaa macam dekat komputer sekolah dulu la aku buat.hehehehe.). Nasib jer laptop aku ni tidak jahanam macam komputer dekat sekolah dulu. Sekarang laptop aku ni dah berusia lebih kurang 5 bulan... alhamdulillah aku pun dah makin mahir guna kemudahan IT ni. Sem ni jugak aku ada ambik lab komputer, insyallah dalam sedikit masa lagi aku mahir la guna IT ni. Ini la sedikit sebanyak aku boleh berceloteh tentang bagaimana aku mengenali dunai IT dari aku di bangku sekolah sampai la sekarang. Sebenarnya pengetahuan IT ni sangat penting pada zaman sekarang kerana boleh dikatakan kebanyakkan benda diuruskan menggunakan IT. Aku harap kepada sesiapa yang baca atau pun terbaca post aku ni akan terhibur dan dapat memikirkan bersama tentang kepentingan IT kepada kita semua hari ini.

No comments: