Alam siber adalah pemacu masa depan

Search This Blog

Saturday, January 23, 2010

SAATKU MENGENALI DUNIA IT

haaaa yang jauh datang dekat yang dekat bacalah post ni.hehehehehe. Aku ni memanglah berasal dari kampung, boleh dikatakan aku ni budak kampung la senang cerita.Sebelum lupa aku ni anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang atau Serambi Makkah. Kawan-kawan aku semua kat kampung panggil aku Lan,sejak datang Ukm ni jer kawan-kawan panggil aku Wan..., nak up la sikit.huhuhu. Sebenarnya aku ni dari darjah 1 sampai lah tinggkatan 6 atas aku belajar kat dalam negeri tercinta ni. Bila dapat tawaran lanjutkan pelajaran ke IPTA baru la aku melangkah keluar dari negeri aku tu, mula-mula rasa berat jugak aku nak melangkah tapi bila teringatkan pesanan ibu bapa supaya tuntutlah ilmu sebanyak mungkin dan mengenangkan nasib keluarga yang berapa baik. Aku teruskan melangkah jugak sehiggalah aku sekarang telah berada di UKM berdiri sebagai seorang mahasiswa. Ehhh, dah banyak aku bercerita ni, aku bukanya nak bercerita tentang itu. Sebenarnya itu serba sedikit jer tentang diri aku ni. kalau nk tau lebih banyak, tanye la dengan tuan dia sendiri. Haaaaa nampak tak tajuk post ni SAATKU MENGENALI IT. Aku kalau bab-bab IT ni bukannya tau sangat, masa aku darjah 1 sampai 6 kalau suruh aku buka komputer, conform aku ambik skru driver atau tukul. Apa lagi aku buka la segala badan dia.hehehe. Dulu aku memang tak tau apa-apa tentang IT ni. Masa aku tinggkatan 3, aku telah dilantik jadi pustakawan sekolah( nak perasan jadi ulat buku la kononnya). Nak dijadika cerita, dalam pustaka tu ada la sebuah komputer. Apa lagi masa bertugas separuh masa aku jalankan tanggungjawab, lagi separuh pulak aku main-main tekan komputer tu la, aku masa tu main tekan jer keybord tu. Kalau komputer tu boleh bercakap dah lama menjerit mintak tolong, yer la sebab aku tekan jer apa yang aku suka, Kadang-kadang jahanam komputer tu aku takan.hehehehehe, tapi maklum la cikgu pustaka tu baik. Haaaaa lau nak tau masa ni la aku tau cara nak buka komputer macam mana, bukannya buka guna skru driver lagi. Aku jadi pustakawan dalam tahun, jadi masa ni la aku banyak habiskan masa dengan bermain dengan komputer, dah makin kenal IT orang kata. Aku nak berhenti setakat ini dahulu... lain kali aku akan ceritakan bagaimana aku dapat lebih mengenali dunia IT ni dekat universiti.

No comments: