Alam siber adalah pemacu masa depan

Search This Blog

Saturday, February 27, 2010

JENAYAH SIBER

JENAYAH SIBER

Saya ingin berkongsi maklumat mengenai jenayah siber.Saya memulakan perbincangan dan berharap anda semua dapat memberi respon untuk kita jadikan perbincangan tajuk ini makin menarik dan bermanfaat.

Jenayah siber boleh dimaksudkan dengan perbuatan penjenayah menggunakan medium internet untuk melakukan aktiviti jenayah.Sebagai contoh penipuan kad kredit, mencuri identiti seseorang dan menggodam laman web. Itu cuma sedikit contoh sahaja. Ada banyak lagi contoh lain. Seperti jenayah di dunia nyata tujuan utama adalah untuk mendapatkan keperluan dan memenuhi kehendak seperti mendapatkan duit dan nama. Tujuan lain adalah untuk membalas dendam, berhibur dan suka-suka.

Pada Mei 2006,statistik menunjukkan 52% daripada pengguna internet dunia adalah wanita.Kaum wanita mempunyai kuasa beli dan pengaruh yang besar dalam internet dan perlu berhati-hati dengan setiap langkah dalam internet.Sedikit kesilapan boleh membawa padah dan kerugian pada diri sendiri.

Cara selamat untuk mengelakkan diri dari terpedaya dengan aktiviti jenayah siber adalah dengan mempunyai pengetahuan dan membuat sedikit kajian mengenai sesuatu perkara. Jangan terburu-buru melakukan tindakan kerana ghairah akan tawaran dan pulangan wang yang lumayan. Penjenayah di dunia siber bukanlah calang-calang orangnya. Mereka merupakan pakar komputer dalam bidang pengaturcaraan dan sistem komputer. Sedikit kelalaian anda merupakan peluang yang mereka tunggu.

Di sini letaknya kepentingan ilmu komputer terutamanya Internet. Pastikan komputer yang anda gunakan selamat dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Anda ingin tahu lebih lanjut sila layari http://blog.anjungpc.com/rencana/awas-jenayah-siber/


06 November, 2008 22:49 PM

Pertahanan Moden Perangi Jenayah Siber Perlu

PETALING JAYA, 6 Nov (Bernama) -- Pertahanan moden bagi memerangi jenayah siber yang semakin meningkat perlu memandangkan ancaman berbahaya jenayah sedemikian terhadap perniagaan, individu dan kerajaan, kata wakil dari Forum Meja Bulat Asia Pasifik EC-Council.

Presiden Ec-Council, Sanjay Bavisi, berkata forum hari ini menyaksikan penyertaan daripada orang ramai dan sektor awam.

"Jenayah siber dan perang sarag siber merupakan realiti. Ia bukan perkara olok-olok dari Hollywood kerana tiada negara, termasuk Malaysia dan negara-negara Asean yang lain terkecuali daripada bahaya yang boleh didatangkan oleh jenayah siber dan keganasan siber sedemikian," katanya kepada pemberita di sini pada taklimat media berikutan forum itu.

"Dialog antara industri dan kerajaan berhubung perkara ini juga sangat kurang," kata Bavisi.

Sanjay mengingatkan bahawa selain ancaman terhadap keselamatan negara, serangan sedemikian juga pelbagai, dan berkemungkinan menyebabkan kerugian kepada syarikat-syarikat.

Perunding ejenayah e-Crime Consultancy ang berpangkalan di United Kingdom, Paul Wright, berkata jenayah siber juga menyerang keselamatan perubatan dan mengganggu industri kesihatan.

EC-Council, organisasi pensijilan e-perniagaan dan keselamatan terkemuka di dunia menganjurkan Forum Meja Bulat Asia Pasifik sulungnya hari ini di Kuala Lumpur.

Forum itu bertujuan membincangkan dan merangka strategi serta pertahanan bagi menangkis keganasan siber dan jenayah siber yang semakin meningkat.

Sementara itu, profesor madya Keselamatan Maklumat University of Auckland, Lech J. Janczewski, berkata meskipun penjenayah siber yang ditangkap dan didakwa menghadapi hukuman penjara atau bentuk hukuman lain, namun hukuman-hukuman ini biasanya tidak seberat bagi mereka yang ditangkap dan didakwa di bawah jenayah lain.

Pengarah urusan ekskutif Stroz Friedberg LCC (firma penyiasatan foresik dan komputer berpangkalan di AS), James Aquilina, berkata oleh kerana kebanyakan undang-undang jenayah siber masih baru, kes mahkamah yang hanya segelintir juga menyukarkan hakim mentafsir kes.

Dari segi kerjasama antara kerajaan bagi memerangi jenayah siber, kata Aquilina, wujud kerjasama antara beberapa negara, misalnya di Eropah.

-- BERNAMA

Lebih lanjut di http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=369932

No comments: