Menurut data daripada kajiselidik yang dibuat oleh Nua Internet Survey pada November tahun lalu menunjukkan jumlah pengguna internet adalah 407.1 juta, berbanding 381.79 juta pada Oktober dan 377.65 juta pada September tahun yang sama. Peningkatan jumlah pengguna internet setiap bulan ini membuktikan semakin ramai manusia menyedari kepentingan internet dan menjadikannya semakin popular dari hari ke hari.
Perkembangan positif ini juga sekaligus telah mewujudkan banyak peluang perniagaan yang berasaskan teknologi komputer dan internet kepada manusia. Antaranya perkhidmatan e-dagang, peningkatan jumlah kafe siber, multimedia dan sebagainya.
Kewujudan serta peningkatan kafe siber yang menyediakan kemudahan melayari internet telah memberi peluang kepada masyarakat terutamanya remaja yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, menggunakan perkhidmatan di kafe siber. Namun begitu, perkembangan yang dilihat sebagai positif ini tidak dimanfaat sepenuhnya oleh segolongan pengguna. Impaknya, timbul fenomena yang negatif seperti melepak. Penyalahgunaan perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik kafe siber dengan menjadikan kafe siber sebagai salah satu tempat berkumpul dan melepak bagi remaja dan ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial lain. Selain itu, kebanyakan remaja juga tidak memanfaatkan kafe siber ini dengan sebaiknya. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang kosong di internet (chit chat) , malayari laman-laman yang tidak sesuai dan sebagainya daripada mempelajari teknologi serta menimba pengetahuan.
Anda boleh dapatkan maklumat yang selanjutnya di laman web berikut http://www.angelfire.com/biz7/b_amierr/keburukan_internet.html
No comments:
Post a Comment