SEJARAH INTERNET
Sebelum internet diwujudkan ARPANET (US Defence Advanced Research Projects Agency) atau Departmen Pertahanan Amerika pada tahun 1969 membuat jaringan komputer yang tersebar untuk menghindarkan terjadinya informasi terpusat yang apabila terjadinya perang boleh mengakibatkan kehancuran. Jadi apabila satu bahagian dari sambungan rangkaian terganggu dari serangan musuh, jalur yang melalui sambungan itu secara automatik dapat dipindahkan ke sambungan lain. Setelah itu internet digunakan oleh kalangan akademik (UCLA) untuk keperluan penelitian dan perkembangan teknologi.
FAEDAH ATAU KEMUDAHAN INTERNET
Banyak kegunaan yang menguntungkan yang dapat diperolehi dari penggunaan internet dalam semua bidang seperti Pengurusan Perniagaan dan Pentadbiran yang membawa kebaikan. Antara kegunaan internet adalah:
- Sebagai informasi yang boleh diperolehi dengan lebih cepat dan murah melalui aplikasi internet seperti e-mail,www (homepages), newsgroup dan sebagainya.
- Sebagai media penting dalam bidang pengiklanan dan mempromosi sesuatu produk atau barangan.
- Sebagai komunikasi interaktif
- Sebagai alat untuk R & D (Pusat Pembangunan dan Penyelidikan)
- Sebagai unit dalam pertukaran data
SASARAN
Antara objektif utama penggunaan internet dalam kehidupan kita pada masa kini antaranya adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai perkhidmatan internet khususnya kepada orang ramai.
Selain daripada itu, penggunaan internet juga dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer sekaligus memanfaatkan penggunaan media telekomunikasi yang terpenting pada abad ini.
Penggunaan internet sebagai medium perhubungan utama ini juga adalah untuk mendedahkan orang ramai tentang cara-cara untuk menggunakan kemudahan-kemudahan di dalam perisian internet. Ini kerana terlalu banyak perkhidmatan atau kemudahan yang telah disediakan khusus untuk diterokai dan diperkembangkan oleh para pengguna.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut sila ke http://www.angelfire.com/biz7/b_amierr/kebaikan_internet.html
No comments:
Post a Comment