Alam siber adalah pemacu masa depan

Search This Blog

Saturday, February 27, 2010

SEJARAH INTERNET

SEJARAH INTERNET

Sebelum internet diwujudkan ARPANET (US Defence Advanced Research Projects Agency) atau Departmen Pertahanan Amerika pada tahun 1969 membuat jaringan komputer yang tersebar untuk menghindarkan terjadinya informasi terpusat yang apabila terjadinya perang boleh mengakibatkan kehancuran. Jadi apabila satu bahagian dari sambungan rangkaian terganggu dari serangan musuh, jalur yang melalui sambungan itu secara automatik dapat dipindahkan ke sambungan lain. Setelah itu internet digunakan oleh kalangan akademik (UCLA) untuk keperluan penelitian dan perkembangan teknologi.

FAEDAH ATAU KEMUDAHAN INTERNET

Banyak kegunaan yang menguntungkan yang dapat diperolehi dari penggunaan internet dalam semua bidang seperti Pengurusan Perniagaan dan Pentadbiran yang membawa kebaikan. Antara kegunaan internet adalah:

  1. Sebagai informasi yang boleh diperolehi dengan lebih cepat dan murah melalui aplikasi internet seperti e-mail,www (homepages), newsgroup dan sebagainya.
  2. Sebagai media penting dalam bidang pengiklanan dan mempromosi sesuatu produk atau barangan.
  3. Sebagai komunikasi interaktif
  4. Sebagai alat untuk R & D (Pusat Pembangunan dan Penyelidikan)
  5. Sebagai unit dalam pertukaran data

SASARAN

Antara objektif utama penggunaan internet dalam kehidupan kita pada masa kini antaranya adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai perkhidmatan internet khususnya kepada orang ramai.
Selain daripada itu, penggunaan internet juga dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer sekaligus memanfaatkan penggunaan media telekomunikasi yang terpenting pada abad ini.
Penggunaan internet sebagai medium perhubungan utama ini juga adalah untuk mendedahkan orang ramai tentang cara-cara untuk menggunakan kemudahan-kemudahan di dalam perisian internet. Ini kerana terlalu banyak perkhidmatan atau kemudahan yang telah disediakan khusus untuk diterokai dan diperkembangkan oleh para pengguna.


Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut sila ke http://www.angelfire.com/biz7/b_amierr/kebaikan_internet.html

MULTIMEDIA

PERISIAN MULTIMEDIA

Multimedia terdiri daripada beberapa jenis perisian antaranya ialah Perisian Asas, Keperluan Dalam Multimedia, dan Penyediaan Fail.
http://www.angelfire.com/biz7/b_amierr/arrow2.gifPerisian Asas: Macromedia Director
Microsoft Powerpoint
http://www.angelfire.com/biz7/b_amierr/arrow2.gifKeperluan Dalam Multimedia: untuk digunakan dalam grafik, suara, animasi dan interaktif.
http://www.angelfire.com/biz7/b_amierr/arrow2.gifPenyediaan Fail: Kaedah menyeiakan fail-fail dalam pembangunan multimedia, audio, grafik, animasi dan video.



ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

Teks

Kegunaan teks dalam multimedia

  • Cara pemilihan fon yang sesuai
  • Menu untuk navigasi
  • Butang yang interaktif
  • Antara portrait dan landscape
  • Simbol
  • Ikon
  • Teks beranimasi

Audio

Sistem audiomultimedia

  • MIDI
  • Digital Audio
  • Format fail
  • Audio

Grafik

Bitmaps

  • Clipart
  • Vektor Grafik
  • Format fail animasi

Animasi

Asas Animasi

  • Teknik Animasi
  • format fail animasi

Video

Video

  • Cara Video berfungsi
  • Kemampatan video (JPEG,MPEG,DVI)

PERANTI MULTIMEDIA

Memori dan Peranti

-Disk dan cakera keras, pemacu syQuest, storan optik, CD-ROM, Perakam CD-ROM, Pemain cakera video

Peranti Input

-Keyboard, mouse, skrin sentuh, pembaca dan pengekod kad magnet,template grafiks, pengimbas, sistem pengenal suara dan kamera digital.

Peranti Output

-Peranti audio dan video, monitor dan projektor.

Alat Komunikasi

-Modem, monitor perkongsian jarak jauh


Sila ke http://www.angelfire.com/biz7/b_amierr/multimedia.html untuk maklumat lanjut

KEBAIKAN SIBER

Apa yang menjadi kelebihan internet? Pertanyaan seperti ini pasti muncul bagi setiap orang yang ingin lebih jauh melayari dunia internet.



1. Kemampuan grafik internet memungkinkan kita untuk memperlihatkan jenis produk yang ada dan mendeskripsikan pelayan yang anda berikan secara dinamik dan dalam format yang interaktif. Anda juga dapat membuat brosur berwarna dan menyebarkannya tanpa dibebani kos cetakan.

2. Halaman Web akan membantu dalam bidang perusahaan. Hanya dengan pelaburan yang relatif kecil, produk anda mampu tersebar luas di dalam pasaran global. Walaupun usaha anda hanya sebuah bisnes berskala lokal atau kecil, pelaburan anda mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

3. Terdapat banyak perusahaan yang menggunakan internet untuk berhubung dengan pelanggan dan berkomunikasi tentang perusahaan. Ketika anda berhubung melalui internet dengan ISP (Internet Service Provider) anda boleh menggunakan internet selama beberapa jam dan mengirimkan seluruh e-mail tanpa kos tambahan.

4. Pelanggan selalu ingin tahu apakah mereka dapat memperoleh jawapan mengenai pertanyaan dan keluhan-keluhan mereka tanpa kehilangan banyak waktu dengan menggunakan telefon. Internet adalah pilihan tepat. Mengapa? Kerana internet merupakan suatu pilihan yang memudahkan, bagi mereka yang tidak suka dengan sistem voice-mail, untuk menggunakan format online dan atau e-mail.

5. Tidak pernah sebelumnya seluruh masyarakat dunia dapat berhubungan dengan mudah antara satu dengan yang lain dalam mencari dan bertukar informasi mahupun idea sebelum wujudnya internet. Melalui newsgroups, mailing list dan e-mail, ianya dapat menghubungkan anda dengan laman-laman web yang anda inginkan dengan cepat dan mudah.

6. Internet merupakan sumber yang luas (vast resources) yang memungkinkan untuk menemukan vendor atau layanan peribadi untuk memenuhi keperluan perniagaan. Anda tidak perlu ke perpustakaan untuk mencari sumber-sumber rujukan. Terdapat banyak industri kini telah memiliki halaman web sendiri tempat anda untuk mencari informasi. Anda dengan mudah dapat mencapai informasi yang anda perolehi tanpa harus menggunakan perkhidmatan telefon.

Maklumat lanjut sila layari http://www.angelfire.com/biz7/b_amierr/kebaikan_internet.html